Saturday, December 24, 2011

INDESCRIBABLE

Assalamualaikum..
Now, December 24, 2011, 12.13a.m.
Hmm, it's been a year already kan? Result PMR 2010. A year ago, we struggled for the best in PMR. And a year ago, on December 23, 2010, we felt uneasy waiting for the results. And alhamdulillah, we accepted it with open heart. Allah knows BEST. Jom refresh the memorable moments...
Lepas abang habis paper SPM on..(erm tak ingat), we all satu family went to the USA on December 19th. From KLIA to Guangzhou Airport around 4 hours. Transit dekat sana around 7 hours. Then flight to LAX ( Los Angeles International Airport ) took about 12 hours. Sampai sana dah malam, so went straight to the hotel. Exhausted, tidur. ;)


LAX International Airport


LAX SIGN

Dari LA we moved to Anaheim. Pergi sana sebab Disneyland. But then few days dekat sana, hujan. So my parents changed plan. Instead of pergi Disneyland dulu, kitorang pergi San Francisco dulu. Dari Anaheim to San Francisco about 6 hours maybe. Lebih kurang 4 hari 3 malam dekat sana. On the second night, if I'm not mistaken, dapat result. Few hours before dapat result, we were waiting for this to go back to our hotel...

Tram

Haa ni lah benda bertuah yang kitorang tengah tunggu dulu. Haish punyalah lamaa. Sejuk pulak tu. Campur nervous tunggu result lagi. Dekat sana time tu baru 22nd, nak malam dah. Kat Malaysia dah 23rd. Sana lambat 16 hours. Time ni I texted Dalila Najwa to inform me about my PMR result. Messaged dia guna handphone abah. Then bila dah sampai hotel, solat and siap-siap untuk keluar shopping balik. Masa tunggu lift untuk keluar jalan, semua diam, pandang lantai la, semua layan perasaan masing-masing. Bila dalam lift abah tengok I kept silent. Hmm nervous la tu. then abah said 

" Tak payah risau sangat. Straight A. Abah dah call cikgu."

Umar senyum je tengok aku nervous. Aku tau abah cakap macam tu just untuk tenangkan aku. Then bila dah keluar hotel, first kedai yang kitorang pergi was Roxy and Quiksilver. Kat kedai tu beli 2 beg. Bila dah bayar terfikir 'aku dah beli 2 beg. Result tak dapat lagi. Kalau result tak bagus malu je aku beli'. Then, doa banyak-banyak. Then melintas jalan untuk pegi H&M store. HMM, MAKIN DEKATTT. Masa dekat kedai ni, Ya Allah, banyaknyalah pulak message yang abah dapat. Kakak yang pegang handphone tu. Message pasal kerja ada, message dari cousin, uncles and aunties dari Malaysia, haish. Result pun belum dapat lagi, dah tanya. Orang pun tengah tunggu lagi la. Setiap kali dapat message mesti nervous. Time tunggu kakak bukak message pun, rasa lama. Thennn, that moment came. Nama yang appear dekat handphone time nak bukak message, written Wawa. Ok, nervousssss. Dup dap dup dap.  Perasaan time tu, indescribable. Time kakak nak bukak message tu, aku doa, aku terima je apa result pun. Allah Maha Mengetahui. Then bila dah bukak, aku and kakak baca sama-sama. Message tu pendek, tapi meaningful.

" Ayuni! Congrats, awk dapat 9a!"

Kalau tak salah, memang sebijik apa yang ada dalam message tu. Punctuationnya semua. I guess. Time tu, terus pandang mama abah. Nangis terus and then peluk mama then abah. Orang keliling pelik je tengok aku nangis. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah! Allah bagi aku peluang untuk buat mama abah happy. Rasa puas sebab time UPSR tak dapat straight kan. Then kakak terus message cousin, uncles and aunties. Time dalam H&M tu, berpecah. Abang, Irfan and Umar pergi naik atas. Aku, mama, abah and kakak kat 1 level bawah kalau tak salah. Bila naik, kakak told them about my result. Abang seperti biasa, akan perli while smiling.

" Ceh, tengok, senyum je tuu."

Time tengah tengok-tengok baju untuk Umar, abang pandang and cakap lagi. Haish dia ni memang tak sah kalau tak kacau. Then lepas keluar kedai H&M tu, pergi kedai kasut and beli kasut. Then, pergi dinner at Naan and Curry and went straight to our hotel. 2 days lepas tu pergi balik to Anaheim untuk pergi Disneyland. Alhamdulillah hari pergi Disneyland tu cerah, time balik baru hujan. Then the next day pergi Universal Studios Hollywood. Then hari-hari lain pergi Beverly Hills, Las Vegas, then balik LA balik sebab nak balik Malaysia. Alhamdulillah, tu the best family trip. Baaaanyak sangat memories. Tapi...

Ada satu benda yang aku tak bagitahu mama, except bila dah sampai Malaysia, kalau tak silap. Benda tu is... Masa otw dari mana ke mana tah, ada singgah rest area untuk stretching and solat. Masa ambik wudhu' dekat restroom, aku bukak jam then letak atas hand dryer tepi sink tu. Then lupaaa nak ambik balik. Masa dalam kereta, baru je bertolak, rasa tangan. Tak ada jam! Tak ada jaaam! Jam tertinggal! Oh, no! Aku bagitahu kakak. Terus automatically TERnangis. Sayang sangat dekat jam tu sebab beli dekat Switzerland masa Form1. Dua tahun pakai jam tu, mana tak sayang. Kakak suruh aku bagitahu mama abah suruh pusing, but I just like, 'Forget it. Tak ada U-turn pun dekat sini. Susah je nanti.' Memang nangislah. Rasa macam jam tu ada feeling je. Aku rasa macam jam tu pun sedih aku tertinggal dia. Then aku teringat doa orang musafir InsyaAllah dimakbulkan. Then aku doa lah untuk result. Aku reda jam tertinggal. :')
Alhamdulillah. Wasalam. 




























Friday, December 23, 2011

UNEXPECTED

Assalamualaikum.. Jehaada tagged soalan yang tak berapa nak cepumas. Haha. Thanks Jeda. Few friends dah jawab dah. Ni haa soalan-soalannyaaa.


Di sini ade beberapa soalan wajib jawab utk tuan punyer blog

[1] warna favourite and why? 
[2] perangai orang yang paling anda menyampah sekali. explain skit
[3] benda yang anda teringin nak buat tapi blom kesampaian
[4] makanan yang anda rasa pelik
[5] favourite quote
[6] situasi di mana anda teringin nak terjun dari pokok tauge bangunan klcc
[7] anda skema atau jenis yang suka rebel?
[8] asal perempuan suka gossip eh?
[9] kalau ada time machine, anda teringin hidup di zaman mana?
[10] 3 benda wajib bawak kalau keluar jalan2
[11] anda rasa pelik bila...
[12] binatang yang anda rasa comel/hensem
[13] ada bebelan ikhlas buat pakcik/makcik yang gatal2 tag anda?

# sila jawab soalan-soalan yang x berapa maut di atas
# lepas tu,anda dikehendaki tag kawan2 anda yang ada blog dengan meletakkan link mereka di bawah


[1] warna favourite and why? 
Actually semua warna pun boleh. Tapi paling suka pink, hitam, putih, purple, creme. But now, I love earth colors.


[2] perangai orang yang paling anda menyampah sekali. explain skit
Selfish. Explain? No explanation. Orang macam ni memang tak memikirkan orang lain.


[3] benda yang anda teringin nak buat tapi blom kesampaian
Tengok abah rehat, tak kerja dah :) Family vacation at Bora Bora Island. BIG family. And, tengok my sister kahwin, maybe? HAHA.


[4] makanan yang anda rasa pelik
Erm, setakat ni tak terfikir. Tak ada, perhaps?


[5] favourite quote
KNOWLEDGE IS POWER.


[6] situasi di mana anda teringin nak terjun dari pokok tauge bangunan klcc
Haha. So far, tak pernah terfikir nak buat macam tu.


[7] anda skema atau jenis suka rebel?
Depends on situation. Kadang skema, kadang rebel. Tapi bab-bab sekolah skema kot.


[8] asal perempuan suka gossip eh?
Haha. Tak tahulah. Memang perempuan macam tu kot, banyak cakap. No comment. Haha.


[9] kalau ada time machine, anda teringin hidup di zaman mana?
Zaman orang Islam kuat and bersatu-padu, UNITED. Bukan berpecah-belah.


[10] 3 benda wajib bawak kalau keluar jalan2
Jam. handphone,... Tu je kot.


[11] anda rasa pelik bila...
Orang bila tnya something unexpected, and bila kita tanya, they say 'nothing'.

[12] bintang yang anda rasa comel/hensem
Ladybug. Combination of black, white and red.

[13] ada bebelan ikhlas buat pakcik/makcik yang gatal2 tag anda?
Thanks jehaada :) 143.
Nak tag KAK CAPEK and BAITI ;)

Ok, wasalam.



















Sunday, December 18, 2011

TAKE A BOW, 2011

Assalamualaikum..
Tahun 2011 tinggal berapa hari je lagi. Alhamdulillah, banyak yang saya pelajari tahun 2011 ni. Kesabaran, ketabahan, erti persahabatan, kerjasama, hormat-menghormati, kasih sayang, etc. Macam-macam. Thank you Allah, for everything.


 Ok cakap pasal 4 IBNU SINA dulu. A bunch of thanks to all of you for your  cooperation. Masa drama Gulp and Gasp, masa Kelas Patriotik, masa 5S, and semua lah. Sorry kalau tak berjaya jadi PKT yang baik. I've tried my best.


* rasa rindu pulak nak main dekat belakang. Main killer la, pencilbox gerak-gerak la. And main polis-polis dekat corridor Form5. Rasa macam FBI. Haha. 
Kalau next year tak sama kelas lagi, all the best korang. Dekat kelas mana-mana pun, kalau berusaha, InsyaAllah boleh! :) Gambar-gambar ni kenangan 2011 :)




GULP AND GASP



FAREWELL





YEAY :D

HIGH FIVE!

PEACE :)

REAL HAPPINESS


Guru Kelas Pertama, Encik Hassan bin Piee. Sempoi je orangnya. Terima kasih cikgu, sebab bila kitorang tak faham Physics, cikgu ulang balik. Terima kasih cikgu, sebab bila experiment je, cikgu selalu sabar dengan kitorang. Main je banyak. Sorry cikgu.
Guru Kelas Kedua: Puan Rohani by Aman. Loving, caring, and baik sangat. Thank you teacher sebab teacher banyak sabar. Dengan dramanya, kelas patriotik lagi, 5S, and so on. Thank you sebab teacher selalu bagi nasihat and semangat dekat kitorang. :)

Ok, cakap pasal classmates pulak. Start dari KT.
1. Islah. Orangnya diam je. Kalau ada yang dia tak setuju, tegur baik-baik je. Tak ada marah-        marah. Dia ni pemalu la. Kadang-kadang aku yang tak segan nak cakap dengan dia pun boleh jadi segan. Cool pun ada. 
2. Arif Hakimi. Aktif sangat. Selalu keluar kelas. Tapi walaupun tak masuk kelas pun, result ok jugak. Rezeki dia. 
3. Firdaus ni pandai. Kadang-kadang perangai macam budak-budak pun ada. And tingginya mak ai. Bila present, ayat dia susah nak faham sikit. Kena pandai-pandai faham.
4. Arief Syazni. Bila present memang lawak pun ada. Cara dia menerang. Tapi alhamdulillah, at least dia berusaha buat semua orang faham apa yang dia present. Kadang-kadang ada juga share ilmu agama. 
5. Adam. Orangnya sangatlah pendiam. Tapi sangatlah pandai. Diam-diam ubi berisi. Haa. Result gempak-gempak je.
6. Harith Wafiy. Ni geng lah dengan Adam. Diam. Pemalu. Tapi kalau tgk dia sebenarnya, bukan pemalu sangat. Biasalah.
7. Amir Ridhwan. Sangat strict. Thanks sebab banyak tolong pasal 5S. Pandai and baik orangnya.
8. Farhan. Selamba. Bila present, ada satu yang mesti lain dari orang lain. Tangan dia. Mesti ada hand movement. Haha.
9. Atef. Kadang-kadang share ilmu agama, harap dapat jadi amalan bersama.
10. Aiman. Sama macam Farhan. Selamba je. Tak kisah apa. Boleh tergelak bila tengok dia.
11. Irfan. Pandai bercakap. Suka share ilmu. InsyaAllah berguna.

Ok, here comes the girls...
12. Ulfah. Baik, responsible. Lawak. Orang tengah serious pun boleh buat lawak lagi. Senang nak discuss apa-apa dengan dia. Selalu bagi idea but at the same time boleh terima idea orang lain. Supportive.
13. Fatimah Alia. Muka macam Fida. Kesian dia, berapa rami cakap macam tu. Sorry Timah. Muka dia sweet je. Hmm.
14. Tengku Amanina. Pendiamnya. Cakap pun slow and sopan je. Baik :)
15. Ilmi. Pandai, boleh jadi macam budak-budak and matang at the same time.
16. Aina. Dia ni comel je. Baik. Kuat semangat, never give up.
17. Farisha. Pandai Physics, bolehlah BFF dengan Cikgu Hassan. Hehe.
18. Aida Shameza. Muka macam patung. Baik and pandai. Suka gelak. ;)
19. Raihanah. Kalau duduk dengan dia susah nak berhenti gelak. Ada je benda dia buat yang lawak. Pandai buat memek muka, senang kacang je bagi dia. Dah expert dah.
20. Afiqah. Sweet. Baik. Orang kuat debat.
21. Wardatul Iman. Baik, pandai, selalu bagi pinjam gunting time dalam kelas. Thanks Warda! :)
22. Alia. Baik, sweet, pandai. Kadang-kadang kalau tak ada pemadam or liquid, Alia lah mangsanya. Sorry Alia!
23. Amirah Husna. Haa dia ni. Baik, caring, memahami. And bila gelak, hmm readylah untuk gelak non-stop dia. Kadang-kadang tak tau kenapa dia gelak. Haha tak apa lah, asalkan bahagia. Hehe ;)
24. Nazifah. Baik, sweet. Selalu tolong kalau aku dengan Mira tak faham apa-apa.
25. Aisyah Lotfi. Baik, suka gelak. Sama je macam Mira. Boleh geng lah korang. Hehe. And dia pandai.
26. Fatimah Nasirah. Baik, muka manis je. Pandai, rajin. Haa nak apa lagi? Suka biskut LEXUS PURPLE. ;)
27. Faridah. Baik, pandai, memahami, caring. Suka tolong orang. Tapi suka kacau aku. Apa salah kita, Faridah? Hehe ;) And suka sangat dengan bintang.
28. Jehaada. Baik, pandai, lawak. Kadang-kadang tegur and nasihat, kalau aku ada buat something wrong.
29. Aieshah. Rajin. Bila cikgu tak masuk ke, mesti buat kerja. Tak ada borak-boraknya. Hmm bagusnya -.-
30. Dalila Najwa. Baik, pandai, suka jalan. Bila cikgu tak ada, mesti jalan. Hehe. And kadang-kadang jadi reporter kalau ada apa-apa yang jadi dekat blok Form4 belah sana.
31. Izni. Senang nak borak dengan dia. Merapu pun rajin jugak. Haha.
32. Baiti. Pandai, pandai lukis, baik. And suka buat quotes. Buku drawing and quotes dia rajin dibelek oleh kami, puteri IBS. Sorry Baiti. Kadang-kadang bila orang dah habis cakap, tanya balik 'apa, apa?' haha. 
33. Syafiqah. Pandai semua subject. Ada yang panggil 'Kak', ada yang panggil 'Capek'. Orangnya baik and sweet je. Selalu tolong kitorang dalam pelajaran or hal lain. Ayat-ayat dia pun sedap-sedap and power-power. :) Bila dengan Baiti, hmm, macam tak boleh dipisahkan. Comel tengok diorang dua. 

That's all. Thanks again dekat semua warga IBNU SINA. Sorry for everything. Kalau ada salah cakap, terkasar, everythinglah. Minta maaf dari pintu depan kelas sampai pintu belakang. Harap kita semua berjaya dunia dan akhirat, InsyaAllah.
Wasalam :')
P.S: Pictures were taken from reliable sources. Siapa yang rasa gambarnya diambil, halalkan ye :) Thank you.






















Friday, December 9, 2011

KLIA

Assalamualaikum..


Kali ni post pasal KLIA. Hmm, I have no idea why I love to come here. Maybe sebab binaannya, lampu-lampunya, tengok planes, or tempat ni memang reminds me of something. Something meaningful. Rindu nak datang sini. Certain orang, KLIA ni dah macam 2nd house dah. Maybe sebab kerja dekat sini, or banyak sangat travel. LOL.







Hmm. That's all. 
p/s: Have fun dekat Bangkok nanti.





Monday, December 5, 2011

PICTURES SPEAK LOUDER THAN WORDS

AKA'S FAMILY


US SIBLINGS


HOLLYWOOD WALK OF FAME








THE THREE MUSKETEERS :D


143


That's all. Thank you Allah :)











Sunday, December 4, 2011

MEANINGFUL SUNDAY

Assalamualaikum..


Today my family and I went to Al-Khaadem. It was a meaningful day. Ustaz Hussein Yee's lecture really touched my heart. Do you know him? Let me introduce you this chinese muslim sheikh :)



SHEIKH HUSSAIN YEE



Sheikh Hussain Yee:
He is the founder and the President of Al-Khaadem organization, born into a Buddhist family and later embraced Islam at the age 18 in 1968. He received his formal Islamic education in Madinah and Syria, and also attended lectures by renowned Scholars such as Bin Baz and Nasiruddin Al-Albani (Mercy of Allah upon them).
He is a well known personality in the international circuit of Da’wah, giving regular lectures across the globe and appearances in Islamic Channel UK, IERA, Peace TV and many more.
A soft spoken and humble character, he brings with him the wealth of knowledge on Islam and experience in the field of Da’wah for the young generation to learn and be inspired.
* copied and pasted from al-khaadem's blog :)
His lecture is held every sunday, and also uploaded in youtube :) Let's join us!



Just nak share. Hope we can be a better person, InsyaAllah :)
Ok, assalamualaikum.