Thursday, November 10, 2011

MEMORIES

MASJIDIL HARAM


MASJID NABAWI


Ya Allah, rindunya nak datang sini lagi. Rindunya nak jadi tetamu Allah lagi. Rindunya nak rasa suasana ketenangan dekat sini lagi. Rindunya nak solat dekat sini lagi. Rindunya nak minum air Zamzam dekat sini lagi. Rindunya nak tengok masjid ni betul betul depan mata lagi. Banyak sangat nak cakap pasal rindu. Ya Allah, Kau murahkanlah rezeki kami hambaMu ini Ya Allah. Izinkanlah kami untuk menjadi tetamuMu dan beribadat di sana. Sungguh, kami teringin sangat nak ke sana. Merasai suasana ketenangan dan keindahannya. Hati ini seperti tidak tahan lagi Ya Allah. Dengarkanlah permohonan hambaMu ini Ya Allah.


Masjid yang paling utama di dalam Islam ialah Masjidil haram di Mekah Al-Mukarramah kemudian Masjid an-Nabawi, di Madinatul Munawwarah dan selepas itu Masjidil Aqsa di Palestin iaitu berdasarkan kepada sebuah hadis yang bererti, 

Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad SAW sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin." Hadis Al-Bukhari 

Dalam hadis-hadis yang lain ada menerangkan kelebihan ketiga-tiga masjid tersebut di antaranya yang bererti ,

Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah SAW telah bersabda "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1 000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."


Kemudian diterangkan lagi dalam sebuah hadis yang bermaksud ;

Dari Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah SAW bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."


Daripada hadis-hadis di atas Nabi menggalakkan untuk menziarahi ketiga-tiga masjid yang bersejarah iaitu Masjidil Haram di Mekah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Palestin. Di samping itu, baginda menggalakkan juga kepada umat Islam sama ada yang tinggal menetap di Mekah, di Madinah atau yang datang dari seluruh dunia untuk mengerjakan ibadat haji kemudian mengerjakan sembahyang sebanyak-banyak yang dapat di kedua-dua masjid yang mulia itu bagi mendapat pahala yang berganda-ganda.


Kita doa lah sama sama ye. InsyaAllah :)















Wednesday, November 9, 2011

TERRIFIED

Suka sangat lagu ni sekarang. Sedap didengar :)




THE MAKING OF TERRIFIED




OFFICIAL :)


Ok, that's all. Hehe. Salam, take care.
Mood: tak nak pergi sekolah -.-






9.11.2011 :)

Umar's birthday finally comes. Actually this morning I didn't remember at all. So, I didn't wish him before left for school. My mind kept thinking of Add Math. Sorry Umar. Umar pun tak ingat hari ni birthday Umar kan? Haha. So Umar, with increase in age, hope you'll become more mature. Listen to mama's and abah's advice. Jangan naughty lagi. Bukan budak lagi. Lagi 2 tahun nak UPSR dah. Haha. So, enjoy your birthday :)


BIRTHDAY BOY





So, that's all. Again, HAPPY BIRTHDAY UMAR :) May ALLAH's blessings will always be with you, insyaAllah <3

p/s: Credits to kakak :)



Monday, November 7, 2011

TOWER HEIST

Tadi around 10.30 a.m., bertolak ke Alamanda with family. Beli barang and tengok TOWER HEIST. Best jugak movie tu. Lawak pun lawak. Mula mula dekat rumah discuss nak tengok TOWER HEIST or REAL STEEL. Finally TOWER HEIST chosen. Ni official trailer dia :)






Watching the movie seriously reminding me of New York City. Memang teringin nak pergi sana lagi. Nak rasa keadaan dekat sana lagi. Rindu nak rasa ke-busy-an dekat sana lagi. Rindu nak tengok cab yang berwarna kuning lagi. Rindu nak jalan jalan sampai kaki rasa macam nak tercabut. Rindu nak naik the Empire State Building and tengok satu NYC. And apa yang buat nak sangat pergi sana lagi sebab hari tu pergi without my brother and sister. So nak share the memorable times with them, one whole family. InsyaAllah, ada rezeki, dapat pergi. Amin.


NEW YORK CITY


NYC cabs :)



Tak tahu kenapa, tapi lepas ada rezeki pergi USA, tu la satu satunya tempat yang aku nak pergi lagi, including Mekah and Madinah. Tu je. Maybe sebab keadaan kat sana yang buat aku tertarik nak pergi sana lagi. Kalau dekat Mekah and Madinah, of course sebab seronok sangat being there. Indescribable . Speechless. Kalau dekat USA pulak, different situation. Dekat sana, orang sangat appreciate orang lain. Contohnya dari dalam kedai, kita nak keluar. Orang tu pula nak masuk. Kita bagi dia masuk dulu and tahankan pintu untuk dia, dia mesti cakap 'thank you'. Kalau orang sini, ramai ke yang cakap? Boleh kira dengan jari berapa orang yang cakap. Lagi satu, kebersihan negara diorang. Bersih je. Kalau dekat sini, sangat senang nak jumpa sampah. Orang sangat malas nak pergi buang dekat tong sampah. Hey, it isn't that hard, right? Go to the trash and just throw the rubbish. Bukan susah pun, tapi malas. Ok lah, terpanjang pulak. So, sama sama ambil pengajaran kay? Take care, wasalam. :)





Sunday, November 6, 2011

NOTHIN'

I dont think there's something to talk about. For this blessing day, I would like to wish you Selamat Hari Raya Aidil Adha :) Hope apa yang kita buat, diberkati Allah. Plan balik kampung hari ni, tapi cancel. Cancel time otw nak balik kampung. Abah cakap abah tak larat. It's ok. Kitorang ikut je. Kebetulan pakcik saudara memang ada ajak datang rumah. Tapi haritu mama kata tak dapat datang sebab balik kampung. Tapi finally tadi datang jugak. Tapi family Mak Ida tak ada. :( Dekat sana macam biasa, makan, borak, duduk dalam bilik my cousin, called Ika. And we watched 'How I Met Your Mother Season 7'. LOL non-stop tengok cerita tu. :D


Meet my lovely cousin, Ika :)