Thursday, November 10, 2011

MEMORIES

MASJIDIL HARAM


MASJID NABAWI


Ya Allah, rindunya nak datang sini lagi. Rindunya nak jadi tetamu Allah lagi. Rindunya nak rasa suasana ketenangan dekat sini lagi. Rindunya nak solat dekat sini lagi. Rindunya nak minum air Zamzam dekat sini lagi. Rindunya nak tengok masjid ni betul betul depan mata lagi. Banyak sangat nak cakap pasal rindu. Ya Allah, Kau murahkanlah rezeki kami hambaMu ini Ya Allah. Izinkanlah kami untuk menjadi tetamuMu dan beribadat di sana. Sungguh, kami teringin sangat nak ke sana. Merasai suasana ketenangan dan keindahannya. Hati ini seperti tidak tahan lagi Ya Allah. Dengarkanlah permohonan hambaMu ini Ya Allah.


Masjid yang paling utama di dalam Islam ialah Masjidil haram di Mekah Al-Mukarramah kemudian Masjid an-Nabawi, di Madinatul Munawwarah dan selepas itu Masjidil Aqsa di Palestin iaitu berdasarkan kepada sebuah hadis yang bererti, 

Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad SAW sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin." Hadis Al-Bukhari 

Dalam hadis-hadis yang lain ada menerangkan kelebihan ketiga-tiga masjid tersebut di antaranya yang bererti ,

Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah SAW telah bersabda "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1 000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."


Kemudian diterangkan lagi dalam sebuah hadis yang bermaksud ;

Dari Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah SAW bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."


Daripada hadis-hadis di atas Nabi menggalakkan untuk menziarahi ketiga-tiga masjid yang bersejarah iaitu Masjidil Haram di Mekah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Palestin. Di samping itu, baginda menggalakkan juga kepada umat Islam sama ada yang tinggal menetap di Mekah, di Madinah atau yang datang dari seluruh dunia untuk mengerjakan ibadat haji kemudian mengerjakan sembahyang sebanyak-banyak yang dapat di kedua-dua masjid yang mulia itu bagi mendapat pahala yang berganda-ganda.


Kita doa lah sama sama ye. InsyaAllah :)















No comments:

Post a Comment